) CHIT - CHAT
[tutup]
D.O Kyungsoo Wife








Novel
Thursday, May 1, 2014 | 4:49 AM | 0 comments




Koleksi Novel di rumah ku .


 ✎ Novel Takdir untukku. (  Novel terbitan sendiri )



Embun pagi di kawasan berbukit di UITM Shah Alam membuatkan badan terasa sejuk sampai ke tulang rusuk.
" Ira awak pilih aliran apa untuk tambahan subjek kali nie ? tanya Amel kepada Ira .
 "Mungkin ambil kelas aliran perniagaan kot " ,kata Ira kepada Amel yang sedang memandangnya.
"Ooo...nampaknya kita berdua ambil kelas aliran yang samalah,saya pun rasa ambil  kelas aliran perniagaan juga.Senyum Amel kepada Ira sambil menuju ke Dewan Besar di UITM Shah Alam.

Hari pertama di kelas,Amel dan Ira yang sememangnya kawan baik sebelum itu tetap berkawan rapat. Kelas tahun ini amat berbeza dengan tahun sebelumnya kerana terdiri daripada pelajar etlet sukan yang sangat profesional di UITM tersebut.Mereka berdua berasa sedikit malu dan segan walaupun sebelum ini pernah berjumpa namun tidak pernah bertegur sapa.Hari pertama apabila selesai orentasi selama 3 hari ,mereka di minta untuk masuk ke kelas masing-masing.

"Saya rasa seganlah dengan budak etlet sebelah awak tu " kata Ira sambil berbisik kepada Amel yang sedang membaca buku. " Aahh lah .. saya pun sama , merekakan boleh di katakan Hot dekat UITM nie sebab mereka amat mahir dalam sukan hoki dan bola jaring kan ? balas Amel kepada Ira dengan mukanya yang memandang salah etlet sukan di situ.
"Eh ,Ira " Pensyarah kali ini juga dengar-dengar lelaki ,betul ke ? Amel bertanya kepada Ira .
"Ow nya ke , tak tahu pulak . Ira hanya menjawab selamba.
Tiba-tiba datang seorang lelaki masuk ke dalam kelas tersebut. Lelaki yang berbadan tinggi ,kurus ,bergaya dan bercermin mata .Salah seorang memberi salam kepada lelaki tersebut yang merupakan pensyarah mereka .

"Hari ini nak buat apa cikgu"? kata Izah kepada cikgu .
Cikgu hanya tersenyum dan memulakan bicaranya dengan muka yang nampak sangat baik.
Ok,hari nie hari pertama kelaskan,so saya sebagai pensyarah kamu tahun ini akan mengajar subjek Mathematics T,ok ? Baik !! Jawab pelajar itu tanda mengiakannya ."Kita akan memilih seorang President dan Ajk yang lain untuk kelas ini ,jadi boleh cadangkan mana-mana nama sama ada secara suka rela atau pilihan dari rakan yang lain .Tapi sebelum itu ,saya minta pelajar memperkenalkan nama masing-masing sebab ada diantara kamu belum kenal kan ? kata cikgu kepada para pelajarnya.
Saya dah kenal semua cikgu !! kata salah seorang pelajar membuatkan rakan-rakan yang lain ketawa besar .
Setelah selesai seramai 25 orang pelajar memperkenalkan diri mereka masing-masing ,sesi pemilhan diadakan.

"Cikgu !!! saya pilih Paen " jawab Ida . Saya pulak nak pilih Sya , jawab salah seorang daripada mereka.
Kedengaran banyak nama yang disebut di antara mereka untuk mencadangkan nama yang mereka suka .Akhirnya nama-nama yang mereka pilih telah selesai di undi .
"Cikgu , nama panjang cikgu apa,cikgu tinggal dekat mana,cikgu suka apa ? tanya Izah yang merupakan budak yang sangat peramah di kelas itu."Aaahh la cikgu,sebelum ini nampak je cikgu tapi tak kenal sangat pun,Ya laa.. cikgu intro lah sikit kat kami pulak" jawab Husna dengan muka selamba.
Pelajar yang lain hanya mengeleng-gelengkan kepala sambil menahan gelak apabila melihat muka cikgu yang mula merah kerana menahan gelak.

Cikgu tersenyum malu dengan permintaan Izah itu dan usikan daripada Huda itu.
Hehehe..."cikgu biasa-biasa saja,orang kampung je" jawab cikgu secara ringkas. Alo...itu je ,lagi apew
cikgu ? tanya Paen pula.
Woii...sabarlah,tunggu la cikgu abis cerita, ishh budak nie !!! kata Huda kepada Paen yang merupakan nama panggilan Fahira . Semua memandang gelagat dua pelajar itu sambil senyum-senyum .
" Nama cikgu , Zainol Bin Rahin . Tinggal dekat-dekat sini jew . Cikgu ajar Math . " jawab cikgu sambil memandang pelajarnya. Oww... cikgu dah kahwin belum ? soalan cepu emas keluar dari salah seorang pelajar . " Cikgu belum kahwin " jawab cikgu secara selamba kepada para pelajarnya. Setelah banyak pertanyaan yang mereka ajukan kepada cikgu , masa untuk mereka rehat telah tiba. Mereka mula ke kantin untuk menjamah makanan sarapan pagi. Kelihatan ramai pelajar lain di kantin dari kelas lain .

"Wey..ang rasa best tak cikgu tu tadi " tanya Amel kepada Ira yang sedang membeli makanan di kantin UITM itu. "Ow...nampak macam best , baik , peramah ,suka senyum .. ang rasa ? " tanya Ira kembali kepada Amel . "Ye la... nampak sangat baik ,peramah,dan yang paling penting cikgu itu masih single ...hahaha..."kata Amel dengan tawanya yang besar .
Ira dan rakan yang berhampiran tersenyum dengan kata-kata Amel sebentar tadi.Hari kedua di kelas dimulakan dengan pembelajaran secara pengenalan subjek yang diambil oleh para pelajar mengikut aliran yang dipilih. Subjek Perakaunan dan Perdagangan turut mereka ambil pada tahun kali ini sebagai salah satu daripada subjek penting dalam aliran Perniagaan.

Sejak akhir-akhir ini Amel dan Ira mula rapat dengan Sya dan Ana . Mereka berempat akan bersama-sama untuk membincangkan tajuk -tajuk yang mereka tidak memahami secara perbicangan. Kemesraan antara mereka semua di dalam kelas semakin akrab dan saling prihatin terhadap rakan-rakan yang lain.Namun setelah beberapa bulan kemudian,Ana tidak rapat lagi dengan Sya . Aina pula yang mula rapat dengan Sya kerana mereka bertukar kumpulan untuk perbincangan.Mereka berempat kian mesra antara mereka.

"Wey...pensyarah kita tu kan rapat dengan Pensyarah yang ajar Perakaunan tu kan ?" tanya Ira kepada rakan-rakannya yang lain. Ye la...korang tengoklah mereka pergi ke mana je mesti bersama-sama kan ? "Aaahh...lah ,betul tu !!! kata Sya pula...'Alaaa...macam kita nie juga la kan, ke mana je mesti berempat"jawab Amel pula kepada rakannya. Aina hanya menganggukkan kepalanya .

Pensyarah yang paling garang di UITM di kenali sebagai Su. k atau nama panjangnya Suhaiza Khairi. Beliau merupakan pensyarah yang paling digeruni oleh pelajar yang lain kerana beliau merupakan salah seorang pensyarah kauselor di UITM Shah Alam tersebut.Namun bagi mereka pensyarah yang paling baik dan penyayang iaitu pensyarah mereka yang mengajar Mathematics T .Mereka berempat sering mengosipkan rakan-rakan dengan pensyarah yang mereka minat kerana mereka semua bercita-cita ingin menjadi pensyarah suatu hari nanti.Ira sering dikaitkan dengan seorang pelajar  lelaki di UITM iaitu Azlan,Sya pula sering dihubungkaitkan dengan Ridzuan,tak lepas dari gosip iaitu Amel dengan seorang mahasiswa dalam aliran yang sama iaitu Zain , manakala Aina dengan Khush.Gila -gila gosip diantara mereka membuatkan mereka sering ketawa besar dengan usikan rakan-rakan yang lain.Namun,hal ini membuatkan mereka tidak terlalu stres semasa belajar di kelas.

" Ish !!! ...tak nak lah dengan si Azlan tu,tak minat la , kita dengan dia...euuuu...." Kata Ira dengan mulutnya seperti mulut itik.Hahaha...gelak rakan-rakan yang lain.

Kehadiran seseorang yang sangat istimewa dalam kehidupan Puteri Amelyna atau nama panggilannya Amel amatlah bermakna dan tidak akan dilupakan oleh dirinya.Dia seakan-akan mula merasakan dirinya mula mennyanyagi rakan sekelasnya sendiri iaitu Zain , walaupun sebelum ini hanya usikan daripada rakan-rakannya."Wey...kita sukalah dengan gaya si Zain tu...hehehe.." kata Amel kepada Ira yang paling rapat dengannya . "Ceaaa wahhh ...minat tu...ewahh...nanti kita bagi tau dia ok ...hehehe..." usik Ira .
" Janganlah segan le kita dengan dia " kata Amel dengan membuat muka comel supaya Ira tidak memberitahu hal sebenar kepada Zain . 


bersambung ...